Search This Blog

Pages

Mudahnya Walimatulurus dalam Islam



Rasulullah s.a.w bersabda: Adakanlah walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Seekor kambing nilainya sama seperti 1 dinar emas. dalam lingkungan RM700-RM800 sahaja. seekor kambing boleh dimakan oleh berapa orang? tak ramai bukan? jadi itulah seminima yang mampu untuk seseorang melangsungkan kenduri kahwin. kenduri ni sunat, tak buat pun takpe, namun ia sunat yang dituntut untuk buat. kenduri ni tujuan menghebahkan bahawa lelaki dan perempuan ini telah sah bernikah.

Dalam kehidupan seharian masyarakat akhir zaman ini, ramai yang terpedaya dengan mengikut nafsu walaupun ia seorang yang faham agama. Ini kerana adanya dalam diri sifat 'mengharap keredhaan manusia' lebih dari 'mengharap keredhaan Allah'. Oleh kerana itu, maka ramai golongan muda yang ingin bernikah 'disusahkan' dan 'dilambatkan' dengan 'pandangan manusia' ini kerana terpaksa menurut hawa nafsu mereka dalam hal perkahwinan dengan terpaksa mencari harta sampai cukup, walhal islam tak pernah membebankan umatnya.

Jom kita berubah dan cuba sedikit demi sedikit mengikut sunnah, yakni mahar yang murah yakni yang berkat, dan kenduri yang semampunya dari kedua pihak. Di samping itu kita buang semua amalan yang bercanggah dalam perkahwinan seperti bersanding, tabarruj, ikhtilat lelaki dan perempuan, "selamat pengantin baru", berlebih-lebihan, pembaziran, kemegahan, dll..

Rasulullah s.a.w bersabda: 

Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. (H.R. Tirmidzi)

No comments: